MAAFKAN KAMI

hai semua..sekejap je dah nak masuk bulan 7..
bulan ramadahan pun bakal tiba...


sebenarnya aku tak tahu macam mana nak cerita..
bila diingatkan balik
rasa sedih sangat...


dari awal tahun dah cikgu-cikgu yang mengajar kat kelas 5PD1 
komplen pasal perangai kiteorang...
dah banyak kali cikgu cakap dengan budak-budak 5PD1..
 semua tuh macam mencurah air ke daun keladi je...


tapi memang itu hakikatnya..selagi lita tak ubah perangai selagi tuhlah
kita menjadi perbualan yang sangat hangat...
aku ingat lagi semalam cikgu kher marah budak-budak kelas
sebabnya budak-budak terlampau bising dan langsung tiada perasaan hormat
terhadap guru...


bukan nak cakap aku nih baik atau bangga diri
tapi bila sekumpulan kecil yang buat masalah
kesannya adalah satu kelas..


sungguhpun  itu secara sengaja ataupun tidak sengaja...
tahun nih adalah tahun terakhir untuk batch 1996 
di sekolah SMK SERI GADING...
tahun nih merupakan tahun SPM...


tadi bila cikgu radin bagitau pasal semua cikgu-cikgu dah penat nak mengajar
di kelas 5PD1 hati aku terasa bagai disiat-siat..
aku tahun mungkin budak kelas juga merasakan apa yang aku rasakan..


aku tahun tanpa restu seorang guru pelajaran kita akan
terganggu..
kesannya adalah pada keputusan SPM kita nanti...


aku harap semua rakan kelas termasuklah diriku sendiri tahu 
ape itu pengorbanan guru....
aku sekadar untuk mengingatkan sahaja...
sekali lagi bukan untuk menunjukkan diri aku ini terlalu bagus.....
aku hanya berdoa agar guru-guru dapat memaafkan kami semua..
AMIN....

 S A L A M :)





No comments:

Post a Comment